Wednesday, 20 November 2013

Tutorial Membesarkan Gambar Rendah Resolusinya Kepada Resolusi Tinggi

Assalamualaikum..

Tutorial kali ini bakal menunjukkan cara-cara untuk membesarkan objek yang kecil kepada saiz yang lebih besar tetapi gambar tidak kelihatan pecah..

Caranya semudah ABC ☺

Kalau saya yang masih awal dalam photoshop boleh katakan cara ini mudah bermaksud ianya benar² mudah! Jom kita tengok step by step.

1. Macam biasa mestilah ada photoshop☺ (saya guna photoshop CS6 tp rasanya kalau guna photoshop yang lain pun masih sama lagi caranya)

2. Ctrl+N akan kluar paparan seperti berikut :


3. Ubah Width dan Height kepada 3500 pixel dan Resolution 300 dan klik button OK


4. Dan akan keluar seperti dibawah ini :


5. Klik button Ctrl+O dan cari gambar yang resolusinya rendah. Setelah gambar dibuka, drag/move gambar tersebut ke layer yang pertama tadi. Paparannya seperti ini.


6. Klik pada gambar kecil itu dan klik Layer + Smart Object + Convert To Smart Object. Kemudian Ctrl + T untuk menarik objek menjadi besar. Setelah selesai tekan Enter. Dan inilah hasilnya!


Selamat Mencuba!

Saturday, 16 November 2013

Tutorial Menghilangkan Water Mark Pada Gambar

Assalamaualaikum/salam sejahtera,

Macam biasa tutorial ini adalah sebagai ingatan saya dalam mengadaptasikan penggunaan photoshop. Kalau ada sapa² yang tercari² cara utk menhilangkan water mark pada gambar anda boleh la cuba nnt ye! Bagi yang dah pro tu sila abaikan saja ☺

1. Mestilah ada Adobe Photoshop (xkira la siri brapa skalipun bole aje.. saya guna cs5)

2. Pilih gambar yang mempunyai watermark seperti gambar di bawah ini : 
    (Jika kurang jelas gambarnya boleh klik pada gambar tersebut)



3. Pilih Spot Healing Brush Tool yang berada di sebelah kiri anda.
(ini simbolnya)

4. Dengan perlahan² dan hati² gosokkan pada watermark yang ingin dihilangkan itu.

5. Jika kurang berpuas hati sila gunakan teknik Clone Tools utk mendapatkan kembali kesan yang lebih maksimum.

6. Hasilnya


Selamat mencuba!

Sunday, 28 July 2013

Nasi Ayam Ala Nasi Ayam Gemas Mustafa


Resepi Nasi Ayam Gemas

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya 
2 ulas bawang putih 
2 sm halia yang diketuk 
1 sudu besar kicap pekat 
1 sudu besar sos tiram 
1 cm halia 
2 ulas bawang putih 
sedikit kicap cair 

Untuk Nasi 
 5 cawan beras 
 3 sudu besar butter 
 1 cm halia - ditumbuk 
 4 ulas bawang putih - ditumbuk 
 air rebusan ayam tadi secukupnya 
 Sedikit garam. 

     Bahan Sos

5 biji cili merah 
5 ulas bawang putih 
 2 cm halia 
1 sudu teh cuka, garam, gula 
1/2 cawan air 

       Untuk Sup
lebihan air rebusan ayam 
1 biji bawang besar kisar 
rempah sup 
garam 
daun sup yg dihiris. 

Caranya
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan dilumur dengan 2 ulas bawang putih yang ditumbuk. 2 sm halia yang diketuk dan rebus hingga empuk. 
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15 – 20 minit. Goreng hingga garing. 
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. Masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa. 
Untuk sos - blendkan semua bahan. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar, jika suka. 
Untuk sup - air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup.

TIPS CARA MEMBUAT NASI AYAM YANG LEMBUT
Macammana nak buat nasi ayam supaya nasinya tidak kembang seakan lembut; walaupun air sup yang saya masukkan sedikit sahaja.
Nasi Ayam yg cukup sedap hendaklah dicampur dengan beras wangi. Jika menggunakan 300 g beras biasa, campur dengan 150 g beras wangi kerana ini akan mengharumkan lagi nasi tersebut. Secara amnya, gunakan hanya 800 ml cecair (sebagai contoh, 600 ml air + 200 ml air rebusan ayam) untuk memasak dan jangan terlalu dikacau kerana butir beras akan hancur dan nasi tidak cantik.
Boleh juga gantikan air rebusan/stok tadi dengan 2 camb stok pekat ayam (di dalam botol). Pastikan juga campuran bawang ditumis hingga wangi kemudian asingkan minyaknya. Beras di'goreng' dengan bawang tadi hingga kering airnya sebelum memasukkan cecair dan dimasak seperti biasa (di dalam electric rice cooker). Bila nasi masak, barulah dicampur kembali dengan minyak gorengan bawang tadi.

BAGAIMANA MEWANGIKAN NASI AYAM?
Kenapa ada sesetengah nasi ayam ada bau wangi pada nasinya seperti ada margerine di dalamnya. Masa bila hendak diletak, ketika menumis ker atau semasa memasak nasi? Dan bagaimana nak letak gula karamel pada ayam. bagaimana nak mendapatkan gula karamel?
Gunakan separuh minyak dan separuh lagi marjerin ketika hendak menumis bahan kisar untuk nasi ayam. Gula karamel yg anda maksudkan itu sebenarnya adalah madu yg dicampur dengan sedikit kicap manis serta minyak bijan dan dilumur pada badan ayam dan dibiar seketika sebelum menggorengnya dalam minyak yg banyak (goreng terendam).

GULA KARAMEL(untuk Caramel Custard )
75 g gula kaster
120 ml air
Jerang kedua-dua bahan dalam periuk non-stick hingga gula larut. Kacau sekali-sekala hingga campuran menjadi keperangan kemudian angkat dan tuang ke dalam bekas. Jika dibiar terlalu lama, ia akan pahit (kerana kepanasan periuk).

Sunday, 14 April 2013

Puding Kastad Jagung Berkuah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur saya masih diberi kesempatan utk menaip lagi..
Kali ini saya nak berkongsi resepi yang saya perolehi dari internet semestinya
PUDING KASTARD JAGUNG BERKUAH. Resepi asal adalah dari blog Kak Nita dan kepada sesiapa yang berhajat nak ke blog beliau bolehlah klik pada nama beliau ye. Kalau ikut cara saya, puding ini saya makan xkira masa memandangkan saya mempunyai anak kecil yang sgt suka makan! khihihi..tapi kalau ikut kesesuaian pula puding ini boleh dimakan sebagai pencuci mulut @sebagai minuman petang..terpulang la ye..
Ok, jom kita intai resepinya plak..





BAHAN-BAHAN UTK PUDING KASTARD

1 cawan tepung kastard
2 cawan susu cair
2 cawan air
3 sudu besar gula pasir
½ tin jagung krimer dalam tin

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan didalam periuk dan kacau supaya tepung larut dalam susu cair tersebut
  • Jerang periuk ke atas api yang sederhana besar sentiasa kacau sehingga adunan menjadi pekat, likat dan berkilat.
  • Padamkan api dan tuangkan ke dalam acuan atau loyang yang bersesuaian.
  • Sejukkan dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

BAHAN-BAHAN UTK KUAH PUDING

1 tin susu cair
1 tin air (gunakan tin susu cair td utk sukatan air)
5 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara

  • Masukkan susu, air dan gula ke dalam periuk
  • Jerang dengan api yang sederhana juga sehingga mendidih
  • Bancuhkan tepung kastard dengan sedikit air kemudian tuangkan ke dalam periuk kuah itu td dan perasakan dgn sedikit garam
  • Kacau dan biar sehingga mendidih.
  • Sejukkan kuah tersebut kepada suhu bilik dan masukkan ia ke dalam peti sejuk untuk rasa yang sgt dingin..

JANGAN LUPA CUBA TAU!