Wednesday, 20 November 2013

Tutorial Membesarkan Gambar Rendah Resolusinya Kepada Resolusi Tinggi

Assalamualaikum..

Tutorial kali ini bakal menunjukkan cara-cara untuk membesarkan objek yang kecil kepada saiz yang lebih besar tetapi gambar tidak kelihatan pecah..

Caranya semudah ABC ☺

Kalau saya yang masih awal dalam photoshop boleh katakan cara ini mudah bermaksud ianya benar² mudah! Jom kita tengok step by step.

1. Macam biasa mestilah ada photoshop☺ (saya guna photoshop CS6 tp rasanya kalau guna photoshop yang lain pun masih sama lagi caranya)

2. Ctrl+N akan kluar paparan seperti berikut :


3. Ubah Width dan Height kepada 3500 pixel dan Resolution 300 dan klik button OK


4. Dan akan keluar seperti dibawah ini :


5. Klik button Ctrl+O dan cari gambar yang resolusinya rendah. Setelah gambar dibuka, drag/move gambar tersebut ke layer yang pertama tadi. Paparannya seperti ini.


6. Klik pada gambar kecil itu dan klik Layer + Smart Object + Convert To Smart Object. Kemudian Ctrl + T untuk menarik objek menjadi besar. Setelah selesai tekan Enter. Dan inilah hasilnya!


Selamat Mencuba!

Saturday, 16 November 2013

Tutorial Menghilangkan Water Mark Pada Gambar

Assalamaualaikum/salam sejahtera,

Macam biasa tutorial ini adalah sebagai ingatan saya dalam mengadaptasikan penggunaan photoshop. Kalau ada sapa² yang tercari² cara utk menhilangkan water mark pada gambar anda boleh la cuba nnt ye! Bagi yang dah pro tu sila abaikan saja ☺

1. Mestilah ada Adobe Photoshop (xkira la siri brapa skalipun bole aje.. saya guna cs5)

2. Pilih gambar yang mempunyai watermark seperti gambar di bawah ini : 
    (Jika kurang jelas gambarnya boleh klik pada gambar tersebut)



3. Pilih Spot Healing Brush Tool yang berada di sebelah kiri anda.
(ini simbolnya)

4. Dengan perlahan² dan hati² gosokkan pada watermark yang ingin dihilangkan itu.

5. Jika kurang berpuas hati sila gunakan teknik Clone Tools utk mendapatkan kembali kesan yang lebih maksimum.

6. Hasilnya


Selamat mencuba!